Keajaiban Pakej Percutian Kijal


Tempah pakej percutian kami dan terokai keindahan negeri Terengganu yang tiada tandingan serta tempat-tempat menarik untuk dilawati. Ayuh, biarkan kami berikan inspirasi kepada anda.


New born sea turtle walking to the sea

Aktiviti Pelepasan Penyu

Jika anda berada di pantai timur, jangan lepaskan peluang untuk alami sendiri musim penyu bertelur dan lawati pusat pemuliharaan penyu. Di sini, anda dapat menyaksikan penyu bertelur dan anak penyu dilepaskan ke dalam laut sepanjang Monica Bay (Pantai Teluk Mak Nik). Lazimnya, musim penyu bertelur bermula daripada bulan Mac hingga Oktober.

Kawasan: Monica Bay (Pantai Teluk Mak Nik)
Waktu: 9 malam - 10 malam
Harga: RM200 seorang (minima 6 orang)


rwg


Aktiviti Melihat Kelip-Kelip

Terokai kecantikan paya bakau dengan melihat kelip-kelip sepanjang lawatan ke Sungai Cherating.

Masa: 9 malam - 10 malam
Price: RM130 seorang (minima 6 orang termasuk info taklimat kelip-kelip)


Masjid Kristal or crystal located near the river with bile sky in Malaysia.

Lawatan Harian ke Kuala Terengganu

  • Pasar Payang
  • Masjid Kristal
  • Drawbridge
  • China Town
  • Kompleks Kraf Noor Arfa

Sertai lawatan ini dan teroka keindahan negeri Terengganu dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pembuatan batik dan cenderahati buatan tangan di Pasar Payang. Anda juga pastinya akan terpesona melihat keindahan Masjid Kristal yang terletak di Taman Warisan Islam di Taman Warisan Islam, Pulau Wan Man.

Masa: 9 pagi - 5 petang
Harga: RM240 seorang (minima 5 orang)


Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan, sila hubungi +609 864 1188

Terma & Syarat:

  • Tempahan perlu dibuat 3 hari sebelum
  • Tempahan dibuat melalui Resorts World Kijal ( 09-864 1188 / 013-288 4188 / reservation@rwkijal.com)
  • Tempahan minima seramai 6 orang