6 Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Ketika Melawat Kijal, Terengganu


Apabila melawat ke Pantai Timur, pasti Cherating atau Redang yang akan terlintas di fikiran. Adakah anda tahu bahawa Pantai Timur mempunyai permata tersembunyi di bandar Kijal - di mana gaya hidup santai di tepi pantai diterapkan ke dalam cara hidup penduduk tempatan di sini. Berikut adalah enam aktiviti yang boleh anda lakukan apabila anda melawat Kijal, Terengganu.



1. Berjemur di pantai berpasir


Rasai ketenangan sambil menikmati keindahan pemandangan suasana persekitaran apabila anda memandu ke Telok Mak Nik. Pantai awam ini cukup popular di kalangan keluarga dan penduduk sekitar, kerana pantai di sini penuh dengan pokok rendang yang sesuai untuk anda berkhemah atau berkelah.


Terdapat pelbagai formasi batu-batuan di Pantai Penunjuk yang menjadikan ia latar belakang yang sempurna untuk anda bergambar. JIka anda bernasib baik, mungkin anda dapat melihat bot nelayan berwarna-warni berlabuh di sini!


Inginkan privasi kala beriadah di tepi pantai? Resorts World Kijal mempunyai pantai peribadinya sendiri untuk tetamu hotel kami!



2. Jalan-Jalan Cari Makan Sekitar Kijal & Kemaman

Percutian anda ke Pantai Timur tidak lengkap tanpa mencuba makanan tempatan! Bandar Kijal semestinya terkenal untuk makanan laut dan juga sajian tradisional Melayu - daripada masakan ketam ke keropok lekor, dan tidak dilupakan ikan bakar juga!


Singgah ke Kemaman yang terletak hanya 30 minit daripada Resorts World Kijal, di mana anda boleh menikmati hidangan istimewa bandar ini seperti ketam berinti isi ketam dan herba dengan kulit rangup di Restoran Tong Juan.


Tuju ke Laguna Ikan Bakar jika anda ingin menikmati hidangan ikan bakar terbaik, sebuah restoran yang cukup terkenal untuk pelbagai pilihan makanan laut ada tersedia di sini.


Lemang dan keropok lekor adalah keistimewaan di Kijal dan anda boleh dapatinya di gerai tepi jalan di sekitar resort kami. Apabila di sini, marilah ke Restoran Kampong Meraga Beris, terletak di aras lobi resort untuk nikmati seleksi buffet terbaik daripada sajian lokal yang dihidangkan di atas sampan.



3. Nikmati Keindahan Matahari Terbit

Bangun awal semasa bercuti mungkin sedikit susah untuk kebanyakkan daripada anda, tapi apabila anda pergi bercuti ke Pantai Timur, ianya sangat merugikan jika anda tidak menyaksikan keindahan matahari terbit kala di sini. 

Buat yang suka mengembara, bangun sebelum subuh untuk mendaki Bukit Harimau yang terletak hanya 10 minit dengan menaiki kereta daripada Resorts World Kijal. Laluan 3.1km ini tidak begitu mencabar dan hanya mengambil masa 1-2 jam untuk melenkapkan kitaran.

Anda berasakan aktiviti ini terlalu memenatkan? Tidak mengapa, kerana apabila anda menempah Bilik Premier dengan Pemandangan Sea View bersama kami, anda juga berpelyang untuk menikmati keindahan matahari terbit dari keselesaan bilik anda sendiri. 



4. Melawat Kampung Nelayan Tradisional

 


Kampung Pantai Kemasik merupakan tempat di mana anda boleh dapati nelayan lokal.  Terletak hanya 12 minit menaiki kereta daripada Resorts World Kijal, lokasinya cukup menangkap kalbu apabila anda melihatnya sendiri, dan anda juga berpeluang untuk membeli makanan laut segar, makanan laut kering dan keropok lekor pada harga yang berpatutan. Jangan lupa untuk mengambil gambar bot warna-warni nelayan dan cenderahati apabila anda ke sini, ya! 



5.  Musim Penyu Bertelur

 


Antara bulan April dan September, penyu akan pulang ke pantai di Terengganu untuk bertelur. Penyu Hijau adalah kebiasaan di sini tetapi yang jarang sekali untuk anda nampak adalah Penyu Karah. Menginap di Resorts World Kijal mempunyai keistimewaanya yang tersendiri, kerana pantai persendirian kami adalah satu-satunya kawasan pendaratan penyu dalam resort!



6. Menginap di resort tepi pantai mesra keluarga


Percutian santai ke Pantai Timur dengan kemudahan mesra keluarga, jadikan Resorts World Kijal destinasi pilihan utama anda!
 

 

Sebagai satu-satunya resort tepi pantai yang ada di Kijal, terdapat pelbagai kemudahan yang boleh anda lakukan kala bercuti di sini - daripada Oasis Beach Bistro, sebuah bar tepi pantai yang menghidangkan hidangan lazat Western, ke permainan chess bersaiz besar.

Resorts World Kijal merupakan destinasi percutian tropika untuk semua yang menawarkan landskap lautan yang menakjubkan. Rancang percutian anda bersama kami hari ini!