Sokong Pusat Penetasan Penyu Kami!


Adakah anda tahu bahawa pantai Resorts World Kijal merupakan salah satu tapak penyu bersarang?

Terdapat 76 aktiviti bertelur yang direkodkan, dan penetasan penyu kami telah dibina khas untuk melindungi penyu yang terancam ini.

Dekati lebih dekat dengan anak penyu yang comel dengan menempah pakej Pelepasan Anak Penyu, di mana hasil kutipan akan disalurkan ke Tabung Amanah Pemuliharaan Penyu Negeri Terengganu yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

Tunjukkan sokongan anda dengan menempah pakej istimewa ini sebelum musim bersarang berakhir!


Kitaran hidup penyu biasanya dibahagikan kepada: Telur (Bersarang), Anak Tetasan, Remaja dan Dewasa.

  • Semasa musim bertelur, penyu betina akan mendarat di pantai untuk menggali lubang dan bertelur sejumlah 80 – 120 biji. Mereka akan kembali ke laut selepas menutup sarangnya dengan pasir bagi memastikan telur selamat daripada pemangsa.
  • Setelah berkembang sepenuhnya, anak penyu akan menetas dengan memecahkan telur mereka dan perlahan-lahan keluar dari sarangnya. Didorong oleh sisa kuning telur yang melekat pada diri mereka sendiri, anak tetasan akan pergi ke gigi laut pada waktu malam untuk mengelak daripada dikesan oleh pemangsa - dari arah langit dan di bawah air. Kebanyakan anak tetasan tidak dapat hidup menjadi dewasa oleh kerana banyak halangan yang mereka hadapi.
  • Anak-anak penyu yang dapat pergi ke laut terbuka membolehkan mereka membesar dalam satu tempoh masa (remaja). Apabila mereka mempunyai saiz badan yang lebih besar, mereka akan berhijrah ke pantai berhampiran untuk terus mencari makanan.
  • Apabila mencapai usia dewasa, fasa mengawan penyu jantan dan betina dewasa akan berlaku. Dalam beberapa minggu, penyu betina akan kembali bersarang di pantai yang sama di mana mereka turun ke laut selepas penetasan, manakala penyu jantan akan kembali ke kawasan tersebut dengan makanan untuk menambah tenaga mereka.